Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya. Diharap info dan bahan yang tersedia di dalam blog membantu dalam menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. Jangan lupa follow ye! :)

Permata Jiwaku.Prasekolah SK.Lepar.

Mengapa Permata Jiwaku...???
Bukan Permata Pintar ke?Permata Intan ke?....
Saya memilih nama ini kerana bagi saya,murid-murid ini adalah 'permata'di hati saya atau di dalam jiwaku ini...
Tak kisah le,murid-murid itu pintar ke,bijak ke,sederhana ke,lemah ke...?Yang penting,bakat dan kemampuan mereka mesti digilap,diasuh dan diasah.InsyaAllah...Tidak semestinya semua murid kena cerdik,pandai,pintar dan sebagainya.Apa yang penting,mereka ini mendapat didikan yang sewajarnya atau dengan kata lain,mereka berhak mendapat pendidikan.Biasalah...kalau yang lemah ini,ada banyak kekurangan.Sebagai seorang guru memang kena banyak bersabar dan kadangkala memang sangat-sangat menguji hati dan perasaan ini.Kalau kena marah,itu biasalah...mana ada guru yang mahu melihat kegagalan anak-anak didiknya.Marah itu tandanya sayang!
Saya sungguh tidak bersetuju jika seseorang itu hanya mahukan yang terbaik sahaja,iaitu mahu semua murid-murid berjaya.Dengan kata lain,kalau murid Prasekolah akan ditanya...dah boleh baca ke?Ya,betul...semua guru Prasekolah akan tersenyum lebar jika murid-murid boleh membaca.Itu dianggap BONUS.Tetapi kita tidak boleh menidakkan ketentuan Ilahi yakni bukan semua manusia dianugerahkan kepintaran.Ada juga yang lemah,yang tidak dapat 'menangkap'apa yang diajar.Itu bukan kehendak atau kemahuan murid itu sendiri.Termasuklah guru.Mana ada guru yang mahu melihat anak didiknya gagal,bukan!
Ok,setakat itu sahajalah.Nanti panjang pula entri pembuka bicara ini.
Sekian.

No comments:

Post a Comment

*Anda dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran pemilik permatajiwaku-preschoolsklepar.blogspot.com. Hakcipta Terpelihara 2012 ©.