Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya. Diharap info dan bahan yang tersedia di dalam blog membantu dalam menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. Jangan lupa follow ye! :)

KOLEKSI ABJAD ( ABC )

Memandangkan tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya tidak beberapa lama lagi,saya kini sibuk menghasilkan bahan untuk diajar kepada murid-murid pada tahun hadapan.Saya membuat kad-kad abjad ini untuk dibahagikan kepada murid-murid.Murid-murid akan menyebut huruf a - z,samaada secara individu atau berkumpulan.Pada awal tahun,saya fokuskan kepada pengenalan abjad dari a - z.

Dengan adanya bahan-bahan yang berwarna-warni ini,diharapkan murid-murid seronok dan dapat menimbulkan minat mereka untuk belajar!.

Berikut adalah koleksi bahan bantu belajar yang saya hasilkan.













Semoga murid-murid saya dapat mengenal huruf sebelum bulan bulan Mac!InsyaAllah...

Tema:Hidupan di Air.

Antara tema yang saya gunakan ialah hidupan di air.Di sini saya letakkan gambar haiwan di dalam air beserta dengan lembaran kerja.

 Tema mingguan:



Ada yang saya hasilkan sendiri lembaran-lembaran kerja ini.








Di bawah ini pula saya dapat daripada internet.Suruh murid-murid bawa CD untuk ditampal pada bentuk bulat iaitu badan ikan.Warnakan bahagian-bahagian ikan itu kemudian gunting dan tampal.Jadilah seekor ikan.Menarikkan!




Ini adalah antara hidupan-hidupan di dalam air.









Di bawah ini antara penghuni-penghuni lain di dasar laut.


Penyelam...Bila agaknya saya dapat menyelam di dasar laut sambil melihat hidupan-hidupan unik ini...?


Harta karun...Ohhh!Inilah yang saya impikan. Jumpa harta karun yang bernilai!Saya suka ..saya suka...



Terumbu karang yang meliuk lintuk dibuai gelombang.Cantiknya panorama itu!


Mutiara...Satu lagi khazanah yang bernilai. Kalau saya jumpa,bolehlah dibuat gelang atau loket.hihi...Suka3...


Joran...Hishh..siapa pulak yang buang joran ni di dalam laut ni...Tak suka...pencemaran. Kepada pemancing semua,berhemah ye,jika memancing.Jangan merosakkan hidupan-hidupan yang berharga dan unik ini.

Kalendar 2013.

Seronoknya hari ini dapat kalendar percuma daripada Pra Iskandar Perdana...yahoo...Sebenarnya saya pun tengah mencari idea nak buat kalendar sendiri tapi idea tak muncul-muncul lagi ni...Saya akan buat juga nanti...Sekarang ni tengah fokus bahan-bahan untuk tugasan KRT3013,tak boleh bagi tumpuan untuk kalendar lagi.Nantikan kalendar 2013 yang akan saya buat sendiri pada post yang akan datang!Buat masa sekarang,layan kalendar yang sangat2 comel ini!


Kredit untuk Pra Iskandar Perdana!

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN.(KSPK)

Saya telah menghasilkan bahan untuk KSPK ini sebagai persediaan untuk tahun 2013.KSPK merupakan modul penting dalam pendidikan prasekolah.Ianya dijadikan sumber rujukan penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Di sini saya hanya memuat naik sebahagian sahaja sebagai panduan.










Tema Mingguan.












Saya telah membuat tema mingguan ini untuk digunakan pada tahun 2013.Terdapat dalam 40 tema yang perlu diajar kepada murid-murid Prasekolah.Di sini saya hanya memuat naik sebahagian sahaja.Diharap ianya dapat memberi info dan idea untuk kawan-kawan.
*Anda dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran pemilik permatajiwaku-preschoolsklepar.blogspot.com. Hakcipta Terpelihara 2012 ©.